Mazhab terjemahan Penterjemahan

Terdapat dua mazhab terjemahan iaitu mazhab terjemahan linguistik dan mazhab terjemahan prgamatik.[2]

Terjemahan linguistik

Mazhab terjemahan linguistik mementingkan terjemahan semantik perkataan, istilah, frasa dan ayat. Ia menjadi mazhab penterjemahan utama di Malaysia.[2] Keburukan mazhab ini adalah penterjemah akan menterjemah setiap patah perkataan buku-buku tanpa memikirkan maksudnya asalkan ia diterjemahkan. Ini menghilangkan tujuan asal sesuatu terjemahan itu dilakukan iaitu supaya pembaca faham.

Terjemahan prgamatik

Mazhab terjemahan prgamatik pula membenarkan penterjemah untuk membuang mana-mana bahagian yang dianggap tidak berguna dibaca, Mereka boleh menokok di sana sini dengan input-input tempatan apabila dirasakan perlu.[2] Ia banyak diamalkan di Jepun, Korea, Thailand dan Indonesia. Mazhab ini memberi dua kelebihan. Pertama, penjimatan kos kewangan kerana terjemahan tidak dibayar berdasarkan jumlah perkataan yang diterjemah. Kedua, isi terjemahan pragmatik lebih bermutu kerana ia mengambil kira bahan-bahan yang relevan dengan keperluan setempat. Ia secara langsung mendukung proses meribumian ilmu, khususnya ilmu-ilmu sains yang diterokai oleh ahlo sains asing.